Catatan

Lihat juga

Resepi Daging Masak Asam Kunyit Simple dan Mudah

Imej
Bahan-bahan: 1. Minyak masak 2. Daging dipotong dadu atau nipis 200g 3. Serbuk kunyit 1 sudu kecil 4. Bawang merah kecil 2 ulas 5. Bawang putih 2 ulas 6. Halia 2 cm 7. Air asam jawa secawan 8. Kacang buncis dan lobak merah atau atau kacang bendi (option) 9. Bawang besar (option) 10. Garam secukup rasa 11. Cili padi 3-5 biji (option) 12. Sedikit air Cara memasak: 1. Gaul daging dengan serbuk kunyit 2. Panaskan minyak masak 3. Tumis bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Bahan-bahan ni nak rincik-rincik pun boleh nak tumbuk pun boleh kalau rajin. 4. Masukkan air asam jawa tunggu sampai mendidih 5. Masukkan daging dan gaulkan sekejap dan biarkan selama 15-20 minit. Tambah air jika terlalu kering, kalau nak kering tak payah letak banyak air. 6. Bila daging dah empuk bolehlah masukkan sayur-sayuran seperti kacang buncis dan lobak merah atau kacang bendi sekali dengan cili padi dan bawang besar. 7. Letakkan garam secukup rasa 8. Bila kacang dah masak maka siaplah Dah boleh dihidangkan

Resepi Roti Canai Mudah

Imej
Resepi roti canai takyah lempo2 n terbang2😍 Roti canai : 1kg tepung gandum 1 biji telur  2 sudu makan susu pekat 1 sudu makan gula garam secukup rasa air secukupnya minyak masak Cara-cara: Masukkan tepung gandum, susu pekat, gula, garam dan telur Uli dengan tangan dan masuk air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati dan lembut Kepalkan tepung kecil-kecil lebih kurang sebesar bola ping pong dan canai menggunakan minyak masak bila dah siap canai - sapu majerin supaya tak melekat bila nak goreng, tekan sampai jadi bentuk roti canai lah kredit: Rumaiah Asan

Resepi Kek Coklat Berhantu

Imej
Bahan kek A: 1 cawan susu segar 1 cawan minyak jagung 1/2 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula kastor 2 biji telur Bahan kek B: 1 cawan tepung kek 1 tbsp baking powder Bahan krim: 250 gram krim cheese 500 gram whipping cream 4 tbsn susu pekat Bahan curahan coklat: 100 gram dark choc 100 gram whipping cream 1 tspn nutella 1 tspn glucose Cara penyediaan: Masakkan bahan A hingga suam dan tidak berketul, kemudian masukkan bahan B. Kacau sebati Masukkan adunan ke dalam bekas aliminium foil dan kukus selama 25-30 minit. Untuk membuat krim, pukul creamcheese bersama susu pekat hingga sebati. Kemudian masukkan whipping cream. Pukul hingga kembang. Untuk membuat curahan coklat, satukan semua bahan dan cairkan menggunakan kaedah double boiler. Sedia digunakan. Kek tadi hendaklah dipotong kepada 2 lapisan. Kemudian lapiskan kek dan krim. Untuk lapisan atas sekali, curahkan coklat. Sejukkan dan sedia dihidang Kredit: seminit