Resepi Daging Masak Asam Kunyit Simple dan Mudah


Bahan-bahan:

1. Minyak masak
2. Daging dipotong dadu atau nipis 200g
3. Serbuk kunyit 1 sudu kecil
4. Bawang merah kecil 2 ulas
5. Bawang putih 2 ulas
6. Halia 2 cm
7. Air asam jawa secawan
8. Kacang buncis dan lobak merah atau atau kacang bendi (option)
9. Bawang besar (option)
10. Garam secukup rasa
11. Cili padi 3-5 biji (option)
12. Sedikit air


Cara memasak:

1. Gaul daging dengan serbuk kunyit
2. Panaskan minyak masak
3. Tumis bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Bahan-bahan ni nak rincik-rincik pun boleh nak tumbuk pun boleh kalau rajin.
4. Masukkan air asam jawa tunggu sampai mendidih
5. Masukkan daging dan gaulkan sekejap dan biarkan selama 15-20 minit. Tambah air jika terlalu kering, kalau nak kering tak payah letak banyak air.
6. Bila daging dah empuk bolehlah masukkan sayur-sayuran seperti kacang buncis dan lobak merah atau kacang bendi sekali dengan cili padi dan bawang besar.
7. Letakkan garam secukup rasa
8. Bila kacang dah masak maka siaplah

Dah boleh dihidangkan dan makan

Selamat mencuba!

P/s: Jangan beli daging import, tak sedap. 🤭

Ulasan