Resepi Rendang Daging Power



Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar biji ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar jintan putih*
  • 1/2 sudu besar lada hitam*
  • 5 tangkai cili kering*



Langkah pertama:

sangai (goreng tanpa minyak) bahan2 bertanda * sehingga cili kering jadi rapuh.. api perlahan sahaja. kisar kering sampai halus kemudian ketepikan

  • 1 kg daging (potong nipis) @ seekor ayam
  • 5 ulas bawang merah kecil <
  • 4 ulas bawang putih <
  • 2 inci halia <
  • 2 inci kunyit hidup <
  • 4 batang serai <
  • 10 tangkai cili kering < (rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
  • 3 sudu besar kerisik
  • minyak masak secukupnya
  • sekilo santan
  • garam
  • daun kunyit (hiris halus)
Langkah kedua:

-kisar bahan-bahan bertanda < di atas,kemudian tumis sehingga garing @ pecah minyak
-masukkan rempah yang dikisar halus tadi..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan, masak sampai pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-kemudian masukkan garam dan gula (jika suka)
-saya buat banyak rendang ini.. boleh dibekukan.. sekiranya tetamu datang mengejut boleh pergi cari lemang, panaskan sahaja rendang ini, senang kan☺️

ps: rendang sy x ada lengkuas.. kalau nak tambah blh jer, selera masing2


Ulasan