Resepi Mee Rebus Terengganu


Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee kuning
  • ayam potong kecil (nak guna seefood pun boleh)
  • telur (ikut suka berapa nak)
  • lada hitam 2 sudu kecil* (lebih lagi ummpp)
  • bawang merah 3 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*  (tumbuk bahan *)
  • air secukupnya
  • perasa
  • air asam jawa sikit. nak rasakan masam-masam pedas.



Sayur-sayuran
  • kobis
  • sawi madu
  • tomato
  • carrot
  • cili besar

Cara-cara:
  1. - panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, masuk ayam @ seefood. Sebati semua, masukkan air (kena masuk banyak sebab berkuah)
  2. - masukkan segala jenis sayur dan air asam jawa
  3. - masukkan garam dan gula
  4. - pecahkan telur sebiji-sebiji, jangan kacau ya. Bagi masak telur tu
  5. - last sekali masukkan mee.. Siap..

P/S: Makan panas-panas. Jangan biar lama nanti kembang. Kalau nak makan lambat, asingkan mee dengan kuah. Mee celur sekejap sahaja.
- biasa makan ni tuang sikit sos cili atau makan dengan cili jeruk perah asam limau sikit.
- makan dengan sambal kicap pun boleh.

.....selamat mencuba.......

Kredit Resepi: Norashikin Ismail via MAHN

SUMBER : Ibu Resepi





Ulasan

Catat Ulasan