Resepi Popia Carbonara


RESEPI POPIA CARBONARA TERSEDAP!!!😘

Bahan untuk inti:

  • Isi ayam (dipotong kecil) atau nak guna ayam cincang pun boleh 
  • Crab stick / Stik Ketam (hiris bulat)
  • Cendawan butang (dicincang) 
  • Capsicum (dipotong dadu kecil) 
  • Sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) optional. Boleh guna ikut suka. 
  • Black pepper / Lada hitam
  • Tepung gandum
  • Susu (saya pakai fullcream. Kalau pakai susu cair pun boleh) 
  • Cheese 3 keping (tak kisah apa brand. Nak lebih rasa cheese boleh juga potong dan letak semasa kita gulung. lagi sedap) 
  • Chicken stock / Stok ayam
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia* (bahan yang bertanda ini * perlu dicincang halus) 
  • Sedikit minyak masak
  • Butter
  • Garam dan perasa jika perlu

cara-cara:
1. Panaskan minyak dan butter. letak sedikit minyak masak sebab takut butter hangus.
2. Kemudian tumis halia, bawang putih dan merah.
3. Apabila bawang sudah layu sedikit, masukkan isi ayam dan cendawan. masak sekejap. masukkan juga chicken stock.
4. Kemudian letak tepung lebih kurang 3 sudu. (Tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah.
5. kemudian masukkan susu. tambah air sedikit ke dalam setengah cawan.
6. Apabila kuah dah agak pekat sedikit,  masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.
7. Masak sekejap. Letak black pepper,  garam dan perasa.
8. Sebelum tutup api baru saya masukkan crab stick. Tujuan masukkn lambat sbb tak mahu ianya hancur sebab lama masak.
9. Akhir sekali gulung seperti biasa.

Tips masa goreng:
Api jangan kecil sangat sebab jika lama intinya akan terkeluar dan bocor. Minyak pun jadi kotor.

Selamat mencuba..

Kredit: fb Noor Alyana




 




Ulasan