Resepi kek sarang semut


Resipi kek sarang semut paling  sedap 😍❤️

Bahan untuk karamel / gula hangus :

  •  1 cawan gula pasir
  •  3 sudu mentega 
  •  1 cawan air mendidih

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam periuk, kemudian masukkan gula.
  2. Dengan api sederhana kecil, hanguskan gula hingga keperang-perangan.
  3. Kalau saya, saya sukakan rasa karamel yang agak pahit-pahit sikit, jadi saya akan hanguskan lebih sikit dari biasa.
  4. Bila dah perang, terus tuang air panas mendidih ke dalam gula hangus tadi.
  5. Kacau supaya semua gula yang berkerak tadi tu menjadi rata dan larut.
  6. Padamkan api. Biarkan gula hangus atau karamel menjadi sejuk.

Bahan-bahan untuk membuat kek :

  •  4 biji telur ayam gred B
  •  1 cawan tepung gandum
  •  1 cawan susu pekat manis
  •  1 sudu teh esen vanila
  •  2 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Pukul telur dengan hand wisk
  2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati
  3. Ayakkan tepung berserta soda bikarbonat ke dalam adunan, masukkan secara sedikit demi sedikit
  4. Tepung dan gula hangus dimasukkan berselang-seli semasa mengadun.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bila adunan dah nampak sebati.
  6. Jangan risau kalau adunan nampak cair. Sememang nya begitulah kejadiannya.
  7. Rehatkan adunan di dalam loyang tadi selama 1 hingga 2 jam.
  8. Akhir sekali, panaskan oven pada suhu 170°C selama 10 minit.
  9. Lepas 10 minit, masukkan adunan ke dalam oven, selama 1 jam menggunakan api bawah.
  10. Tinggal 10 minit terakhir, ubah mode kepada api atas bawah.
  11. Sejukkan kek dahulu sebelum dipotong.

Tips:
Tujuan adunan direhatkan sebegitu lama adalah untuk membenarkan soda bikarbonat untuk bertindak menghasilkan gelembung-gelembung udara.
Dalam menghasilkan kek gula hangus, paling penting, jangan terlebih pukul. Tak mungkin anda nak kek gula hangus anda menjadi kek dua lapisan? Dimana lapisan atasnya tekstur macam kek span, dan kek sarang semut di lapisan bawahnya.. Jadi, pukul sekadar nak sebatikan semua bahan.

Siap!

kredit video: Seminit Resepi

resepi bertulis & video adalah dua resepi berbeza, boleh pilih mengikut kesukaan anda ❤️





Ulasan